Friday, July 31, 2009

Minggu Yang Serabut...(oh...H1N1 )

Assalamualaikum...Setelah lame diriku menyepi dari dunia pem'blog'kan..kini ku kembali.ngeh3x...Pada entry kali ni ak nak ceritakan perihal mgguku yg serabut..huhu...

Mggu terakhir bulan julai ni mmg btl mencabar keimanan n kesabaran ak.Banyak betul perkara2 malang yg berlaku.Duit hilang ar..assgnment yg berlambak..n macam2 ag ar.Dalam mggu ni jugak la ak asyik ulang-alik ke kuantan untuk menguruskan keje2 yg x berkesudahan..huhu..tp nak wat mcm mane kan...nama pun tanggungjawab.Tp itu bukan point yg ak nak ceritakan disini...Sebab point utama ak nak cerita ialah UMP telah dilanda wabak H1N1.

Wabak ni mula start melanda UMP kira2 29/7 aritu(kalau x silap ar)..Ada desas-desus mengatakan ada budak perempuan yg kena H1n1.Time itu ak ingat bebudak ni memain je tp tup-tup selang beberapa ari kemudian mmg positif ar UMP kena serang ngan wabak ni.Kelas hari jumaat terpaksa dibatalkan n beberapa budak terpaksa dikuarantinkan dan ditempatkan di kk4.

Mmg keadaan mggu ni kucar-kacir ar.Budak2 suma da start balik da malam khamis ag.Iyalah..sape la nak sgt duk kat tmpat yg berbahaya cmni kan?Kemudian pihak UMP memberikan cuti selama 7 hari untk pulang(aisey...kena tolak cuti raya la gamaknya.huhu).Yang sedihnya....UMP pc-fair yg kami handle(exco n seketariat petakom) terpaksa dibatalkan atas2 sebab2 keselamatan..Kami cuma smpat tuk adakan hari jumaat n sabtu je.

Serabut jugak ar kami suma.Lebih2 ag kak azie..Iyala,sbb kami suma dah lame da wat preparation tuk program ni..Tp,byk bnda terpaksa di batalkan atas dasar keselamatan.
Tp nak wat cmne kan.Bak kata sorang member ak, takdir tuhan x leh lawan.So terima jela dgn hati yg redha(cewah..nak poyo ckit.haha).

Apapun,di sebalik suma kekalutan ni,ak nak mengucapkan ribuan terima kasih pada sesape je terlibat secara langsung or tidak langsung dalam UMP pc-fair ni.Dari men'setup'kan booth, memasang banner,smpai la ke part menjaga gerai.Korang still memberikan komitmen and very2x supportive walaupun di dalam keadaan yg agak kucar-kacir ni.hehe..Korang suma mmg da best ar.

Haha..k la..ak nak pack barang da ni.Kalau nak tulis blog je smpai bila barng2 ni nak siap.Nasib baik ar pihak Univ. ad sediakan bas free..Jimat ckit duit ak nak blk Melaka..hehe.K la..itu sj.Wassalam